Resepi Sotong Masak Kari

Biasa kan emak-emak, hari-hari kadang pening tak tahu nak masak apa?

So yang masih bertafakur nak masak apa, hari ni aida nak kongsi resepi sotong masak kari, emmm aida bayangkan keenakkannya dah telan air liur😂

Ok aida dah siapkan sotong saiz sederhana buang kulit dan bersihkan perut sotong...

Dah siang rendam sotong dengan air asam jawa sekejap buang bau hanyir.
Bahan untuk menumis
-3sekawan (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
-bawang merah dan bawang putih
-halia hiris nipis

Tambahan
-cili boh atau cili mesin
-serbuk kunyit
-rempah kari ikan
-kerisik
-serai titik
-daun kari
 
Bahan yang ditumbuk
-bawang merah dan putih 

CARA MASAK
1.panaskan minyak masak didalam periuk 
kemudian masukkan bahan tumis, diikuti bahan tumbuk. masak sehingga kekuningan dan naik bau api kecik jangan sampai hangit.

2.masukkan cili mesin, rempah kari ikan, kerisik dan serbuk kunyit kacau-kacau sampai pecah minyak tambah air sedikit biar tak hangus.

3.masukkan sotong, air asam jawa sikit tunggu dua menit masukkan santan tunggu sampai mendidih perasakan perasa, gula dan garam.

4.last sekali masukan sayur bendi dan tomato tunggu 3menit angkat siap dihidangkan.

Dihidangkan dengan nasi panas sambal belacan ikan goreng atau ikan masin memang sedap jangan dilupa tambah ulam-ulaman. Selamat mencoba.




Post a Comment

0 Comments