Mengapa Perlu Ambil Vaksin Covid-19?

Diluar sana yang belum ada kesadaran ambil vaksin, jom kita sama-sama bantu frontliner untuk turunkan angka kes covid yang sejak kebelakangan ni mencanak naik, ditambah lagi dengan datangnya virus baru varian delta yang semakin mengganas, lambat rawat maut menanti. 

Situasi terkini kes covid sehingga 10 ogos 2021 nak capai 20ribu, angka yang tinggi juga.

Sebab apa kita perlu ambil vaksin Covid-19?

-Saya tidak mahu dijangkiti covid-19.

-Saya dapat melindungi diri, ahli keluarga dan komuniti jangkitan virus covid-19.

-Apabila saya mempunyai perlindungan diri yang mencukupi patuh SOP norma baharu dan pengambilan vaksin, sektor ekonomi boleh beroperasi semula.

-Saya akan menyumbang kepada pembentukan imuniti kelompok.

-Vaksin covid-19 ini adalah selamat digunakan kerana ia telah berdaftar dan telah diluluskan oleh bahagian regulatori farmasi (NPRA).

-Kesan sampingan pengambilannya adalah ringan dan bersifat sementara.

-Hukum penggunaan vaksin adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

5 KAEDAH PENDAFTARAN

1.Menerusi aplikasi Mysejahtera

2.Laman sesawang http://vaksincovid.gov.my


3.Talian pendaftaran vaksinasi Covid-19 kebangsaan 
1-800-888-828

4.Program bantuan (outreach)
bagi kawasan luar bandar dan pendalaman.

5.Pendaftaran di klinik dan hospital awam serta swasta.

Maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi Mysejahtera, panggilan telefon atau sms.

Semoga kita semua selamat dari virus yang bernama covid dan dapat bina kehidupan seperti sedia kala amin....


Sumber:
Jabatan kesihatan negeri Melaka.












Comments

Popular posts from this blog

Makanan Naikkan Hemoglobin (HB) Petua Naikkan HB

Harga Vivix Shaklee Promo

Pengedar Shaklee Pahang