Monday, June 21, 2021

Tutorial Masukkan Gambar diHTML

Kadang ada orang tanya bagus juga, ada idea nak menulis apa hehehe.

Tanya apa tu tahu-tahu terus tulis tanya jeπŸ˜‚? 

Ada kawan tanya cara nak masukkan gambar keblog atau ubah gambar jadi koding, kalau dah siap tulis senang bila-bila ada orang tanya tinggal forward link, untuk rujukan aida juga kalau lama tak buat kadang memang lupa haru juga nak mengingat terkial-kial.


Contoh aida nak ubah gambar jom jana pendapatan modal RM35.

first korang dah siapkan gambar yang nak diubah ke koding.
oke kita terus ke web https://imgur.com/


Korang upload gambar kat new post, oo iye tu hari aida guna fon nak layari web imgur ni serius tampilan dia beza puas ku cari new post tak jumpa, so korang guna laptop atau pc sonang keje, beso pun beso nampak semua hahaha... kat hp sebenarnya bole juga korang kene tukar setting dia jadi view laptop atau pc nak setting lagi kan leceh.

Pilihlah gambar yang korang nak tukar.

Klik kat gambar ada titik 3 kanan atas klik kat situ lepastu ambik link.

Pilih kode yang belakang dia jpg/img, haa... korang copy.

Sekarang pergi keblog korang masuk ke 

Sign in - Blogger - Blogger.com

 
Pilih Theme.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Edit HTMLπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Ha nampak koding korang jangan pitam lak dan hati-hati masa tukar apa-apa jangan save dulu kalau error bole ubah balik, aida dulu pernah buat silap terus ku save apa jadi blog ku jadi berterabur masa tu panic and blurr juga tak tahu nak  buat apa murung jadinya huwawawa...
last aida upah orang suh betulkan tepuk dahi weii...

Dah jumpa koding tu korang just tekan ctrl f serentak dah jumpa search korang kene ingat nama gambar nak ubah kan, macam aida tadi nak ubah gambar jom jana pendapatan modal RM35.

Yang aida bagi petak merah tu koding yang korang kene tukar kode yang korang copy paste kat situ tengok anak panah tu.

Kalau korang dah paste kan korang preview dulu, kalau ada notis macam gambar dibawah maknanya error, kalau tak da oke dah siap.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Oke dah bole coba semoga bermanfaat.










0 comments:

Post a Comment