Sunday, May 16, 2021

Cara Merawat Rambut Gugur

 


Rambut panjang cantik beralun bak ombak dilautan, tebal pulak tu sape yang tak nak kan... itulah angan-anganku nak kan rambut yang tebal, duk terbuai janji manis iklan apa jadi rambutku rosak dan gugur teruk, haaa baru padan muka hahaaha...salah sendiri okey!!!

Next... selama 3 bulan ni aida konsisten ambil produk dibawah aida terangkan satu2πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Sebelum sampoo rambut, aida guna perapi serum dove 1 minit dia mempunyai kekuatan kapsul serum yang berkhasiat sehingga akan masuk ke rambut dan memperbaiki kerosakan dari dalam hanya dalam 1 minit.

Kemudian aida baru sampoo rambut, sampoo pulak aida guna selsun blue pro, rambut aida ada kelemumur halus so guna selsun sangat membantu hilangkan kelemumur, selsun blue pro ada honeyquat 50 untuk melembapkan secara berkesan dari dalam dan mengembalikan kilauan semula jadi.

Lepas tu aida guna nourishing scalp treatment dari Shaklee massages kat kepala ianya boleh digunakan setiap hari pada rambut basah atau kering apa manfaat nourishing scalp treatment ni:
-Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dengan mengurangkan keguguran semasa disikat
-Melindungi keseimbangan lembapan minyak sihat semulajadi

Disebabkan itu hari putus stok nourishing scalp treatment aida beli ler Audace Extra ni...so aida guna dua-dua tukar tukar gitew...
Audace Extra ni ialah tonik rambut yang mengandungi bahan-bahan kompleks yang diformulasikan khusus untuk mengatasi kesan masalah rambut, melindungi dan mengekalkan kulit kepala yang sihat yang penting untuk pertumbuhan rambut. 

Lepas tu dah kering kita sapu argan oil sebab rambut aida ni cepat kusut, apalagi kalau bangun tido macam mak lampir hahaha... bau dia best masa disikat rambut lembut je..sape yang suka ulit rambut memang tak stress masa disikat tengok tak ada rambut gugur.

Apa kebaikan minyak argan ni
-Memperbaiki rambut yang rosak seperti hujung rambut dan kerosakan rambut, menjadikan rambut anda licin 
-Formula pelindung haba yang melindungi rambut daripada panas dari pengering rambut atau pengeriting rambut
-Formula perlindungan UV yang melindungi rambut anda dari sinar ultraviolet

Oke next citer hat supplement pulak, aida makan ESP dan zinc dari Shaklee.

ESP ialah soya protein yang terdiri daripada amino asid yang merupakan blok dalam penghasilan setiap sel, badan kita.
Protein digunakan untuk membina dan membaiki tisu, Ia juga penting dalam menghasilkan otot, kulit, tisu, tulang, sendi, rambut, darah dan pelbagai organ penting lain dalam tubuh kita.

dan zink sangat penting dalam mengekalkan fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel untuk rambut, kuku, kulit yang sihat.
-menguatkan akar rambut
-membantu pertumbuhan rambut
-menyihatkan kulit kepala
 
Sekarang rambut aida dah tak gugur dah... Lega sangat kalo tak rungsing jer masa sikat tengok rambut banyak gugur sedih gilaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.
Itu saja perkongsian dari aida semoga bermanfaat, oh ya lupa, nota kaki jangan tukar tukar sampoo kang merana macam aida, nak repair balik kos mahal dan ambil masa, emosi leh terganggu.









Continue Reading