HIV & AIDS

Apa itu HIV?
Hiv adalah virus yang melemah dan memusnahkan sistem daya tahan badan manusia.
virus HIV menyebabkan penyakit AIDS. manakala seseorang yang dijangkiti HIV adalah pembawa kuman HIV.

Apa itu AIDS?
AIDS ialah tahap akhir jangkitan HIV.
pada tahap ini, individu yang dijangkiti HIV akan menunjukkan tanda dan gejala.

Apakah tanda dan gejala HIV?
-tiada,pembawa HIV masih boleh kelihatan sihat walaupun telah dijangkiti.

Bagaimana HIV Berjangkit?

Melalui hubungan seks tidak selamat dengan pasangan pembawa kuman HIV.
Dari ibu kepada anak dalam kandungan semasa mengandung, bersalin dan menyusukan bayi.

Berkongsi jarum suntikan semasa penagihan dadah.

Anda tidak akan dijangkiti HIV melalui:
-gigitan nyamuk atau binatang lain
-bersin atau batuk
-bersentuhan ataupun berpelukan dengan pesakit HIV
-air kencing atau peluh pesakit HIV
-berkongsi tuala,bilik air ataupun kolam mandi
-berkongsi makanan, pinggan dan sudu dengan pesakit HIV
-menderma darah

Apa itu OI?
(Oppurtunistic Infection)
OI ialah penyakit berjangkit yang menunjukkan ada jangkitan AIDS dan sekiranya tidak dirawat dengan segera boleh membawa maut.
contoh OI adalah 
-batuk kering (TB)
-jangkitan paru-paru (PCP)

Mengapa perlu melakukan ujian HIV?
-Untuk mengetahui status anda sekiranya pernah terdedah kepada risiko jangkitan seperti penagihan dadah dan seks bebas.
-Untuk mendapatkan rawatan awal sekiranya anda telah dijangkiti.

Apa yang anda perlu lakukan jika ujian negatif?
-Sekiranya anda pernah mengamalkan aktiviti berisiko, ujian pertama yang negatif tidak bermakna anda bebas HIV.
-Sila ulangi ujian tersebut dalam 3 atau 6 bulan berikutnya untuk memastikan anda bebas dari HIV.

Apa yang anda perlu lakukan jika ujian positif?
-Dapatkan rawatan dengan segera.
-Elakkan daripada menjangkiti orang lain dengan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti:
-Jauhi seks bebas
-Hentikan penagihan najis dadah 
-Amalkan cara hidup yang sihat

Kredit:
Unit penyakit berjangkit jabatan perubatan 
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.






Catat Ulasan

0 Ulasan