ResV Softgel


Alhamdulilah semalam 22 februari 2020 adalah pelancaran produk Shaklee terbaru yang diberi nama Res-V eksklusif dari Shaklee. Dan nantikan awal bulan march Shaklee bakal buat Promosi Res-V yang pastinya harga super jimat.

ResV ini berbentuk softgel dan menggunakan gelatin yang halal terbuat dari bovine(lembu). so jangan was-was nak makan lagi satu ResV ni, tidak perlu disimpan dalam peti sejuk dan mempunyai jangka hayat selama 24bulan berbanding vivix liquid yang hanya bertahan 6bulan sahaja, Ia sangat memudahkan anda mengambilnya dimana saja dan bila-bila masa. 

meh aida tunjuk bentuk ResV
                     

Apa itu Res-V?
ResV adalah formula saintifik untuk menyokong kesihatan umum dan mengekalkan keremajaan serta hidup yang lebih bersemangat. Penyelidikan bertahun-tahun bersama saintis-saintis Shaklee berjaya menghasilkan ResV yang direka untuk menyokong kesihatan anda, secara semulajadi dan disokong oleh 6 paten.
Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya anda boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya.
-Penggunaan polifenol boleh melindungi telomere daripada memendek, membantu anda untuk hidup lebih muda lebih lama
-Telomere adalah penutup pelindung yang melindungi hujung kromosom dalam sel.Apabila umur kita meningkat telomere semakin pendek , dan telemore yang lebih panjang dikaitkan dengan kesihatan yang baik.
-Penggunaan Shaklee mempunyai kadar 40% lebih rendah dalam pemendekkan telemore yang berkaitan faktor usia.
Bukti Klinikal anda boleh hidup lebih muda dan lebih sihat👇👇

KEBAIKAN POLIFENOL DALAM SEBIJI KAPSUL RES-V
💊semulajadi
💊tanpa warna tiruan
💊tanpa pemanis tiruan
💊tanpa pewarna tiruan
💊tanpa pengawet
💊tanpa gluten tambahan
ResV mengandungi campuran proprietari, bahan ramuan semulajadi yang dipilih dengan teliti dan menawarkan spektrum polifenol yang luas untuk mengekalkan kesihatan yang baik. dari alam semulajadi kepada anda.

Apa itu Polifenol?
polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran.Ia memberikan buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran warna yang terang dengan kepelbagaian warna. polifenol telah dikaji secara meluas dan mendapat reputasi yang baik dalam industri kesihatan. 

Bahan-bahan Res-V👇👇👇

Anggur Muscadine
mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan tinggi asid elagik dan elagitanin, sejenis polifenol yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan
-anti penuaan
-anti pertumbuhan sel yang abnormal
-manfaat kesihatan jantung

Lobak Ungu
mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik.
-menggalakkan kesihatan penglihatan 
-memperbaiki keanjalan salur darah
-anti keradangan

Hampas Anggur dan Anggur Merah
mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin di mana ai menawarkan kuasa antioksidan yang hebat.
-mengawal tekanan darah
-mengurangkan keradangan akibat tekanan oksidatif 
-memperbaiki aliran darah
-melindungi jantung anda

Buah Delima
penuh dengan nutrien penting termasuklah elagitanin, asid elagik dan flavonoid
-antioksidan yang berkuasa
-mengandungi sifat antibakteria dan antiviral,membantu melawan jangkitan
-boleh menguatkan sistem imunisasi anda
-menggalakkan kesihatan sendi dan jantung

Japanese Knotweed
mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, ditunjukkan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang positif
-anti pertumbuhan sel yang abnormal
-anti keradangan
-meningkatkan peredaran darah
-menyokong paras gula darah dan tahap kolesterol yang sihat
-melambatkan kehilangan kolagen dan elastin

Anggur Hitam
kaya dengan nutrien dan penuh dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C.
anggur hitam mempunyai rasa yang berbeza dan manfaat kesihatan yang luar biasa termasuklah:
-antimikrob
-anti keradangan
-antiviral
-antitoksik
-antiseptik
ia boleh membantu menguatkan sistem imunisasi anda, melegakan sakit tekak dan meredakan gejala selsema

Chebulic Myrobalan (buah kaduka)
juga dikenali sebagai "raja ayurveda" ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik.

Digunakan secara tradisional untuk:
-menyokong kesihatan penghadaman dan proses pembersihan semulajadi badan
-membantu dalam masalah buasir dan batuk-batuk
-menyokong paras gula darah yang sihat
-menyokong fungsi hati dan peparu yang sihat

juga digunakan sebagai "pil air" dan biasanya digunakan untuk:
-membaiki kesihatan sistem pembiakan
-membaiki kesihatan saluran kencing

Kebaikan Res-V
Kulit Sihat
-melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet(UV) dan serangan radikal bebas 
-meningkatkan penghasilan kolagen
-mengurangkan garis halus serta kedutan

Peredaran Darah Yang Sihat
-mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung
-menurunkan tekanan darah
-menurunkan tahap kolesterol LDL (jahat)
dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik)

Tahap Gula Darah Yang Sihat
-menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa
-meningkatkan toleransi glukosa 
-meningkatkan kepekaan insulin

Menyokong Detoks yang berkesan
-meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan
-mengurangkan kemerahan dan pembengkakan dan mengurangkan kematian sel pada hati 
-kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori  yang boleh membantu menurunkan berat badan

Fungsi Otak Yang Sihat
pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan

Meningkatkan Tenaga Dan Kekuatan Otot
mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda.Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senama.
Perkembangan Sel yang Sihat 
polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser.

Memelihara dan Menyokong Kesihatan Sendi
mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.












Catat Ulasan

0 Ulasan