Tips Wajah Berseri Kekal Awet Muda

Tak kira lelaki atau wanita, keinginan untuk kelihatan awet muda pasti menjadi impian.
banyak cara untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri kelihatan 10tahun lebih muda. Jaga pemakanan, buat rawatan kulit dan ambil supplement.

Namun jika anda ingin mendapatkan kulit 10 tahun lebih muda. sebenarnya perubahan gaya hiduplah yang paling diperlukan, Health.com telah merangkum  beberapa tip antipenuaan  yang sudah terbukti berkesan menurut para peneliti, ahli dermatologi dan pakar kecantikan.

Tidur yang cukup dan berkualiti

Kadang sukar tidur membuatkan anda terlihat lebih tua. bangun pagi kusut masai, serabut dek tak cukup tidur, konsep beauty-sleep sememangnya bukan cuma mitos. tubuh  memerlukan waktu untuk regenerasi dan proses pembaharuan ini biasanya terjadi pada waktu malam.Ketika kita tidur sel sibuk memperbaiki berbagai kerosakan dibahagian tubuh. 

Amalkan minum air kosong 3Liter Sehari
Sememangnya tips yang mudah untuk diamalkan hanya minum air kosong atau air putih 3Liter sehari bole mengembalikan keremajaan kulit anda dan nampak muda kembali.

Kebaikan Minum Air Kosong
-Mengelakkan kulit kering dan berkerut
-Membantu penurunan berat badan
-Kekal hidrat
-Melancarkan sistem pencernaan

Kawal pengambilan gula

Mengambil gula melebihi keperluan tubuh tidak hanya mengakibatkan pada kenaikan berat badan.Malah gula mampu menjadi pendorong kepada penuaaan sebelum waktunya

Menurut para ahli nutrisi dan pakar kulit, pengambilan gula akan merangsang proses glikasi yang pada akhirnya akan mempercepat munculnya gejala penuaan.

Ambil Nutrisi Asid Omega 3

Sepertimana yang semua orang tahu, bahwa asid lemak Omega 3 untuk kesihatan jantung, selain itu minyak ikan bole melembabkan kulit dan menghilangkan jerawat.

Biasakan Diri Bersenam

Senaman secara teratur bole memberikan kesan positif yang beragam untuk tubuh.selain mencegah obesiti dan penyakit kronik, aktiviti fizikal juga mampu membuatkan anda terlihat lebih muda.

Pakai Pelindung Cahaya Matahari

Sebuah kajian pada tahun 2013 yang diterbitkan didalam Annals of internal Medicine membuktikan bahawa orang-orang yang memakai pelindung cahaya matahari tiga hingga empat kali dalam seminggu memiliki risiko lebih rendah dalam mengalami penuaan kulit.

jadi pastikan anda sebelum keluar rumah pakai krim pelindung cahaya matahari terlebih dahulu. Bukan hanya mencegah pigmentasi, ia juga mampu melindungi kulit daripada kerosakan,kedutan dan pelbagai masalah disebabkan oleh terdedah dengan sinar cahaya matahari.


Info:Mingguan Wanita






Catat Ulasan

0 Ulasan