Saturday, August 17, 2019

jenis-jenis obesiti

Jenis-jenis obesiti berdasarkan faktor penyebabnya dan bagaimana cara mengatasinya. Berikut penjelasannya seperti dikutip dari healthfoodteam.com.


1.Obesiti makanan

Jenis obesiti ini diperolehi dari pengambilan makanan dan air yang berlebihan. Biasanya pesakit obesiti jenis ini akan mengalami penimbunan lemak di bahagian tubuh atas yang menyebabkan perut buncit.


Sebagai penyelesaiannya adalah mengurangkan jumlah makanan, gula dan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.


2. Obesiti kecemasan


Penyebab utama untuk jenis obesiti ini adalah kecemasan dan stres. Sousi untuk jenis obesiti jenis ini adalah mengawal aktiviti fizikal untuk mengendalikan kecemasan dan mengurangkan stres.


3. Obesiti gluten


Obesiti jenis ini biasa dialami oleh wanita, terutama selama masa remaja, menopause, atau saat mengalami ketidakseimbangan hormon.


Biasanya pesakit obesiti jenis ini akan mengalami penimbunan lemak di bahagian pinggul dan paha. Cara terbaik untuk menanganinya adalah mengelakkan duduk dengan waktu yang lama, sukan secara teratur dan mengelakkan merokok.


4. Obesiti aterogenik metabolik


Obesiti jenis ini ditandai dengan perut yang sangat besar. Hal itu disebabkan kerana seluruh lemak tubuh terkumpul dalam perut yang boleh menyebabkan masalah pernafasan.


5. Obesiti urat


Masalah kegemukan ini sering terjadi kerana peredaran vena. Umumnya masalah tersebut dialami oleh wanita semasa mengandung. Sebagai solusinya adalah melakukan banyak olahrgaga, contohnya berjalan kaki atau naik tangga.


6. Obesiti kurang gerak


Ini adalah jenis obesiti yang biasa dialami pada mereka yang minim gerak atau malas. Penyelesaiannya lakukanlah beberapa jenis sukan ringan dan perhatikan pengambilan makanan anda untuk mengembalikan bentuk tubuh sempurna.


0 comments:

Post a Comment