Sunday, October 14, 2018

Makanan Naikkan Hemoglobin (HB) Petua Naikkan HB

Anemia ialah suatu keadaan dimana ada kekurangan kandungan sel darah merah didalam darah.
Apabila berlaku, ia boleh mengakibatkan si pesakit kelihatan pucat dan mudah rasa penat,

Atas sebab inilah, para wanita hamil perlu sentiasa menjaga paras Hemoglobin(HB) agar tidak rendah.

Antara Makanan Yang Selalu Disarankan Untuk Naikkan HB Ialah


Tembikai

Buah ini kaya dengan vitamin A, selain terkenal sebagai berkesan dalam memperbaiki kesihatan mata, ia juga berkesan membantu meningkatkan jumlah sel darah merah.ia dapat menolong zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen

Jambu Batu


Buah-buahan mempunyai vitamin C yang membantu dalam fungsi penyerapan zat besi kedalam tubuh.Dikatakan, jambu batu memiliki kandungan vitamin C dua kali lebih banyak daripada yang terkandung didalam buah oren.

Buah-Buahan Kering



Ambillah kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin. kesemua jenis buah-buahan kering bukan sahaja sedap, malah ia turut memiliki kandungan zat besi yang baik untuk meningkatkan hemoglobin dalam darah

Ikan

Ikan mengandungi asid lemak omega-3, sebagai contoh ikan salmon. Ia turut mengandungi vitamin B12 yang bagus untuk fungsi pembentukan sel-sel darah. Lebih daripada itu, apa-apa jenis ikan pun baik untuk wanita hamil karena ia adalah makanan yang rendah kolesterol.

Daging Merah


Daging merah seperti lembu, kambing dan kerbau kaya dengan protein dan mengandungi banyak zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A,D,K,B2,B3,B6 dan B12, asid amino, Omega 3 dan selenium yang diperlukan oleh golongan ibu hamil. Kesemua ini mampu meningkatkan hemohlobin.

Sayur-Sayuran Berdaun Hijau


Sayur mengandungi zat besi yang tinggi adalah terdiri daripada sayur yang berdaun hijau contohnya bayam, brokoli, kangkung dan sawi. selain daripada itu, sayur-sayur ini mengandungi kandungan asid folik semula jadi yang baik untuk kesihatan ibu hamil dan perkembangan bayi dalam kandungan

Kentang


Sayur berubi ini mengandungi zat besi dan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh

Kuning Telur


Telur mengandungi protein, kalsium, vitamin, mineral dan zat besi.Sebaik-baiknya dapatkan telur yang telah diperkaya dengan omega-3    

Perlu anda tahu bahawa anemia yang disebabkan oleh kekurangan kandungan sel darah merah boleh mengganggu proses kehamilan.

Ekoran daripada kelemahan itu, ia boleh menjadi punca kepada permasalahan besar iaitu oksigen bekurangan untuk sampai ke tisu-tisu didalam tubuh.kesan daripada kekurangan oksigen, ia boleh menyebabkan anda mudah berasa penat, letih dan lesu

Sehubungan itu pelbagai jenis resiko boleh berlaku kepada diri anda sendiri dan bayi yang dikandungi.lantaran itu, hampir setiap kali menjalani pemeriksaan antenatal, doktor dan jururawat pasti akan memeriksa hemoglobin anda.

CADANGAN VITAMIN SHAKLEE
Untuk atasi masalah HB rendah

Vita-Lea
-mengandungi zat besi untuk pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat
-zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

B-Complex
-meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin
-lengkap dengan vitamin B12 dan asid folik yang menjadi punca masalah HB rendah

Vita-C
-membantu penyerapan optimum vitamin B12 dan zat besi
-membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

TESTIMONI




Sumber:majalah pa&ma