Saturday, December 9, 2017

Demam Viral Hemorrhagic

Dalam Keadaan cuaca yang tidak menentu ditambah pula dengan pencemaran udara, ia bakal mengundang pelbagai penyakit berjangkit.
Apa itu Demam Viral Hemorrhagic adalah penyakit infeksi yang mengganggu kemampuan darah untuk membeku.Penyakit ini juga boleh merosakkan dinding pembuluh darah kecil dan menjadi penyebab pembuluh darah bocor.Pendarahan internal ini boleh parah sehingga membawa maut.
Demam viral Hemorrhagic menular melalui sentuhan dengan orang, haiwan dan serangga yang terinfeksi.Buat masa ini tidak ada ubat yang khusus dapat menyembuhkan demam viral ini.namun, ia boleh dicegah dengan mengambil beberapa jenis imunnisasi.



  













GEJALA

Tanda dan gejala demam Viral Hemorrhagic:
*Demam tinggi
*Penat
*Pening
*Sakit Otot, tulang atau sendi
*Badan menjadi lemah

Beberapa virus demam viral hemorrhagic meliputi:
*Denggi
*Ebola
*Lassa
*Marburg
*Demam kuning

Bahaya Demam viral hemorrhagic:
boleh merosakkan:
*otak                *mata
*hati                 *buahpinggang
*jantung           *paru-paru

Bagaimana penyakit ini berjangkit???
Bebarapa demam viral hemorrhagic berjangkit melalui gigitan nyamuk atau kutu.Manakala jangkitan boleh berlaku melalui darah yang terinfeksi atau air mani.
Beberapa virus dapat menular melalui udara yang sudah terkontaminasi virus yang terdapat pada kotoran tikus atau urin.

Tahukah Anda???
Virus yang menyebabkan demam viral hemorrhagic hidup secara semulajadi pada bergai haiwan dan serangga yang ditumpanginya-terutama nyamuk,kutu,tikus atau kelalawar



Cara Mencegah

Mencegah infeksi nyamuk dan kutu
*Pakai seluar panjang berwarna terang
*Pakai kemeja yang bertangan panjanng
*Pakai semburan untuk menghindari gigitan nyamuk
*Guna kelambu atau ubat nyamuk 
Mencegah Infeksi Tikus
*Jangan simpan makanan terbiar didalam  rumah tanpa mengemaskan
*Jangan simpan sampah makanan didalam rumah 
*Pastikan tong sampah bebas daripada tikus 
*Buang sampah secara teratur 

Diagnosis
Sukar untuk Diagnosis demam viral hemorrhagic ini karena gejalannya sama seperti demam biasa.Anda perlu berterus terang dengan doktor jika terdapat sembarang keraguan yang melibatkan nyamuk atau tikus sebelum ini.Biasanya doktor akan mengambil sampel darah dan diuji untuk mengetahui situasi sebenar yang berlaku kepada anda.

Rawatan
Untuk mengatasi dehidrasi anda perlu menambah cairan untuk membantu menjaga keseimbangan mineral yang penting untuk fungsi saraf dan otot.Set Shaklee membantu anda.