NUTRISI PENTING



1. Alfalfa Complex(700tablet)

Perbezaan Shaklee:

Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950an

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di california yang bebas dari petisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos /baja bebas kimia.Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan"Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kamatangan mutlak.Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil.Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandaung

didalamnya.Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian,daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.Keseluruan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan shaklee yang sangat ketatdan teliti.setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.


Manfaat Utama:

Tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenal pasti sebagai makananyang paling kaya dengan pelbagai nutri dan zat galian. Ia kaya dengan protin,asid amino,klorofil, serat,15 zat galian,10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.


-Mencuci hati, darah dan usus = ini adalah makanan yang sangat berkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

-Melawan alahan= memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.

-Baik untuk perubahan patologi didalam usus dan perut = meperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

-Menyingkirkan lemak dan kolesterol = kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung,strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

-Melawan tumor = memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

-Melegakan keletihan = Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebayakan penyakit.

-Mencegah / merawat atritis =melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Rekomendasi:

-untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali sehari - 10 biji setiap pengambilan

-untuk pencucian usus dan detoksifikasi, mencuci dara : 3-4 kali sehari, 10 biji setiap pengambilan(diambil dengan air kosong)

-larutkan 10 biji alfalfa didalam air, campurkan 3 biji shaklee peppermint-ginger dan jus buahan atau jus pekat untuk rasa yang lebih enak. ia baik untuk sistem usus dan perut.sesuai untuk diminum pada bila-bila masa.






2.B-Complex(120 tablet)

Perbezaan Shaklee

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama didunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. ini karena,

asik folik yang tidak semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh,dan hampir 99% asik folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B-Complek Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B kompleks untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.

Vitamin B adalah vitamin larut air, sembarang lebihan tadak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan.Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B kompleks setiap hari.

Manfaat Utama:

-Menukar makanan menjadi tenaga -Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligs mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

-Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf,sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

-Membantu tumbesaran - Menggalakan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.



3.Chewable Vita-C Plus 100mg (90 tablet)

Meningkatkan fungsi imun
Perisa sitrus yang lazat
Sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa yang menghadapi kesukaran menelan tablet.






4.ESP(850g)
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi


ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.



5.Lechitin(180 capsules)


Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa lesitin amat penting dalam pemakanan kerana ia merupakan sumber fosfolipid yang terdiri daripada kolina dan inositol, iaitu komponen utama membran sel dalam setiap organisma hidup yang berfungsi untuk mengawal aliran nutrien ke dalam dan keluar dari sel.


Lesitin juga akan ditukarkan kepada asetilkolina yang diperlukan untuk memelihara kesihatan tubuh.


Setiap sajian membekalkan 3.1g lesitin, yang mengandungi 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol
Dirumus daripada sumber semula jadi iaitu kacang soya.



6.Sustained Release Vita-C Plus (180 tablet)
Bekalan Vitamin C Semula Jadi untuk Kesihatan Sepanjang Hari

Shaklee Sustained Release Vita-C PlusTM menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh.


Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.



7.Vita E Complex(120 capsules)



Vitamin E ialah antioksida larut lemak yang berperanan menyokong fungsi imun. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E sangat bermanfaat untuk meningkatkan fungsi imun di kalangan orang-orang tua.

Satu kapsul sofgel mengandungi:


400 IU vitamin E daripada sumber semula jadi
65 mg selenium bagi melengkapkan aktiviti vitamin E
39.4 mg Ekstrak Biji Anggur (vitis vinifera)



8.Vita-Lea Iron Formula(120 tablets)


Kepelbagaian Khasiat

Vita-Lea®, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.


Pengambilan harian Vita-Lea®

Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
Menguatkan tulang dan sistem imun
Melindungi tubuh daripada radikal bebas



9.Zinc Complex(120 tablets)
Perangsang Metabolisme Semula jadi

Zink merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Ia memainkan peranan dalam tindak balas enzim dan terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia. Zink diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal serta menguatkan ketahanan imun tubuh.


Ia juga penting untuk sintesis protein dan bahan genetik DNA.
Satu tablet memenuhi 100% Nilai Harian bagi zink
Dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang.
Dengan formula berasaskan sayur-sayuran
















Catat Ulasan

0 Ulasan