Wednesday, October 14, 2015

Jarak Kelahiran Selamat Selepas Caesar



Jarak kelahiran selepas kelahiran melalui pembedahan caesaren amat perlu dititik beratkan.
kajian perubatan sering kali melaporkan peningkatan resiko komplikasi rahim koyok sekirannya jarak kelahiran terkini dan kelahiran terdahulu terlalu dekat.

Anda perlu tahu, saranan doktor agar anda menjarakkan kehamilan adalah kerana terdapat resiko rahim koyak.

apabila masalah ini terjadi, adalah sukar untuk doktor menangani proses kelahiran anda kelak, dalam beberapa menit, pendarahan yang banyak boleh berlaku, maka sudah semestinnya keadaan ini menggerunkan doktor dan jururawat yang bertugas. komplikasi yang teruk akibat pendarahan boleh mendatangkan mudarat kepada anda dan bayi.anda bukan sahaja boleh kehilanga darah yang banyak, malah bekalan darah kepada bayi boleh terputus sehinga boleh memberi kesan tidak baik kepada organ-organ bayi seperti buah pinggang dan otaknya juga.

Ketahuilah bahawa jarak kelahiran yang di war-warkan oleh doktor bukan bermaksud menghalang anda menambah anak, namun ia lebih kepada keprihatinan agar anda dapat mengelakkan sembarang masalah yang tidak diingini dan menyelamatkan nyawa anda sendiri.


KETAHUI RESIKO


sekirannya anda pernah menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean dan hamil semula, dua isu utama perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Anda perlu berbincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan anda .


1.Rahim koyak(uterine rupture)

koyakan yang berlaku boleh menembusi ke seluruh ketebalan dinding rahim sehingga ke permukaan luarannya. malah, ia juga boleh menembusi sehingga menjangkau ke pundi kencing di hadapan atau ligamen lebar di bahagian tepi.

2.Risiko terpaksa menjalani pembedahan caesarean lagi sama ada secara elektif ataupun kecemasan. peluang untuk kelahiran melalui faraj adalah antara 72-76%, tidak kira sama ada secara normal dengan alat bantuan kelahiran iaitu vakum atau forseps.

selebinnya, kebanyakan kelahiran terpaksa berakhir dengan pembedahan cesarean secara kecemasan.

Anda perlu paham bahawa semakin kerap anda melalui proses kelahiran secara caesaran, anda amat berisiko tinggi untuk melalui beberapa keadaan berkenaan.


-parut pembedahan pada dinding rahim tidak cukup kukuh dan mudah terbuka.

-pelekatan melibatkan organ-organ berhampiran seperti pundi kencing sehingga mengakibatkan  doktor sukar melakukan pembedahan caesarean dan boleh menyebabkan trauma seperti pundi  kencing koyak.
-sukar menangani masalah tumpah darah sehingga memerlukan pemindahan darah, pembedahan  membuang rahim dan lain-lain.
-risiko kehamilan berkomplikasi seperti uri bawah(placenta praevia) uri melekat(placentra accreta) dan lain-lain komplikasi.

SET CADANGAN:



sumber:majalah pama