Pengalaman Umrah 2023



Alhamdulilah segala puji dan syukur hanya bagi Allah dikurniakan rezeki dan sihat dapat jemputan pergi ke tanah suci bersama suami pada 21hb november 2023.

Sebenarnya aida tak sangka, dapat pergi mengerjakan umrah pada tahun ni, sungguh sayang Allah pada hambanya kan... itu lah aida tak pernah putus doa, bila DIA berkendak dapat jugaa aida menjejakkan kaki ke makkah... 

Oh iya aida nak bagi tahu dihujung posting nanti aida akan share tips masuk raudhah lebih sekali...
 
Mulanya kan awal tahun dan pertengahan tahun 2023, dua orang kawan rapat aida pergi ke mekkah, jadi aida tak lepaskan peluang kirim doa supaya dapat pergi umrah juga, 

Walaupun bayang duit tak nampak😂...
doa dulu Allah kan maha kaya, tak sangka begitu cepat Allah makbulkan doa aida dapat peluang menjadi tetamu Allah ditanah haram syukur nikmat...



Bekalan vitamin untuk 2minggu sebab aida pun lepas buat operate kali ke dua, tu yang segala mak nenek vitamin aida bawa biar badan fit masa mengerjakan ibadah.

Ok aida pergi umrah bersama travel agensi ukhwah harmoni, yang bestnya ustaz dan mutawif ukhwah ni.. sangat bertanggung jawab dalam menguruskan rombongan jemaah, satu kumpulan seperti keluarga layanan memang tip top lah...

Masa kami nak "melontar" bahasa ustaz farid  maksudnya shopping😃 ustaz ada sediakan tukar duit riyal so kita tak perlu pening-pening nak cari money changer.


Flight yang kita naik saudi Airlines, besar juga kapal terbang dia.. tempat duduk sangat selesa dan makanan yang dihidangkan pun sangat sedap tak sempat lapar asik makan aje ada dapat dessert juga.

Yang menariknya saudi airlines menyediakan bilik solat dikabin, selain itu kami diberi selimut, bantal, brus gigi, obat gigi, stokin,headphone, penutup telinga dan penutup mata, gambar tak ada pulak, lupa snep hehe..

                                           
Penerbangan 9 jam dari Kuala lumpur ke Jeddah tak terasa sebab kita dapat tengok macam-macam rancangan seperti tv, movie, citer kartun, memasak, bacaan alquraan dan banyak lagi tinggal pilih je dilayar skrin depan kita.




Alhamdulilah dah sampai airport jeddah, sebenarnya  nak ambik gambar kat aquarium beso tu tapi dah penuh dengan beg aida batalkan niat😂. 

Aida ni jenis nervous kelam kabut masa jumpa imigresen yang scan empat jari tu, aida boleh buat dua belah tangan jari telujuk dengan jari tengah kanan dan kiri jadi empat jari so kat sistem dia tak valid lah.

Sampai pak arab jengah dia tegur salah, rupa satu tangan empat jari sumpah wey malu gila, padahal kat situ ada gambar jari, aida je yang tak perasan tak boleh ingat lah kenangan tu nak tergelak hahahaha...


Aida lanje view naik aero train ke imigresen.
dah settle imigresen ambik beg kemudian naik bus pergi ke taif.

TA bawa ziarah ke taif dulu sebelum mengerjakan umrah jadi badan pun dapat rest sehari.
di taif kita stay dihotel Rajan.



Makam Abdullah bin Abbas .



Dapat berkesempatan mengerjakan solat sunat dimasjid Ibnu Abbas 
atau nama sebenar Abdullah bin Abbas iaitu sahabat Nabi Muhammad merangkap sepupu Rasulullah. 


Buah strawberry segar-sagar SAR5.


Kilang ros di kota Taif


Selepas ziarah aktiviti kami seterusnya makan makan, almaklum dari pagi jadual padat perut pun dah keroncongan,  ustaz bawa jemaah singgah makan di restoran yang menyediakan nasi arab di kota taif, alhamdulilah sedap juga...


Dari taif ustaz bawa kami berniat umrah miqat di  Masjid Qarnul Manazil, selepas niat terus pergi makkah lepas solat isyak kami mengerjakan umrah.


Pintu 79 King Fahd masuk terus dataran kaabah. 

Rasulullah SAW bersabda, 
“Solat di Masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu (1000) solat di masjid lain kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram. lebih baik daripada seratus ribu (100,000) solat.”

Dengar laungan azan subuh sejuk hati kan... syahdu sungguh, didoakan semoga pembaca sekalian menjadi tetamu Allah Amin Allahuma Amin...


Masa saie ni jalan laju, kita kira sampai tujuh pusingan kene yakin tujuh pusingan dimulai dari bukit safa dan berakhir di bukit marwah. 



Laluan saie untuk kerusi roda kalau nak naik skuter ada ditingkat tiga atau empat.


Kat area belakang ni dah habis saie, aida bergunting atau bercukur bagi lelaki.
Maksud bercukur atau bergunting rambut ialah menghilangkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut.


Ustaz bawa ziarah ladang unta dan beri peluang jemaah yang ingin mengerjakan umrah kali ke dua ustaz bawa ke tanah halal untuk ambil niat.



Menyampaikan amanah sahabat infaq makanan.


Perjalanan ke Madinah, kami naik kereta api haramain yang berkelajuan tinggi dengan kelajuan 300 kilometer sejam, alhamdulilah dua jam kami sudah sampai di Madinah al-Munawwarah. 
 






Kubah berwarna hijau tu kan dibina di atas makam nabi muhammad ﷺ.


Sudah menjadi kebiasaan bila kita pergi umrah sahabat hadai dan saudara mara berpesan sampaikan salam kepada Rasulullah...

Dalam beberapa hadis, nabi pernah mengatakan bahawa barang siapa yang menziarahi baginda selepas kewafatan baginda, mereka seolah-olah seperi telah menziarahi Nabi semasa hayat baginda.

Dan nabi juga bersabda bahawa orang yang menziarahi baginda, kelak mendapat syafaat nabi.

Semoga pembaca dapat jemputan dan peluang kerumah nabi InsyaAllah.


Beratur nak masuk raudhah, ini masuk guna applikasi nusuk, hari tu jadual aida masuk raudhah tak sama dengan mutawif jadi aida jalan sendiri cuma aida dapat guide line dari mutawif.

Kalau nak masuk raudhah lebih sekali, tipsnya pastikan korang cari tahu dulu pintu masuk mana yang akan di buka untuk masuk raudhah tanpa nusuk,

Aida datang awal sikit sebab nak cari pintu raudhah sebelah mana, dah tahu tempat senang selepas solat je terus beratur.

Masa nak cari pintu raudhah aida tanya polis yang jaga atau cleaner diorang bagi tahu lah yang guna nusuk pintu 38 dan yang tak guna nusuk pintu 32, biasanya pintu 32 dibuka selepas isyak dan subuh.



Ikut bacaan aida di internet pintu raudhah juga dibuka lalu pintu 30 dan pintu 31, itu yang aida rajin bertanya takut sesat di jalan.

Masa solat isyak aida solat dekat dekat dengan pintu 32, berapa kali juga aida pindah tempat kene halau dengan polis, yelah ikut mak arab betul betul dekat dengan pintu masuk 32😅.

Sudah dapat tempat selesa dan tak jauh dari pintu 32 selepas salam je solat isyak, aida dengar tapak kaki orang berlari masuk, aida pun bergegas masuk sama go go hahaha...

Korang nak masuk raudhah pastikan sudah siapkan doa-doa yang hendak dibaca takde lah korang blur atau tertinggal doa yang hendak dibaca, sape-sape yang kirim doa tu...

Masuk raudhah yang guna nusuk korang boleh download sertifikat, ada 2 pilihan design sertifikat nama guna rumi atau jawi jangan lupa download ye buat kenang-kenangan.

Haaaa masjid nabawi besar... nak cari pintu pintu raudhah memang jauh sebelum gi umrah aida nasihat kan, siapkan fizikal rajin rajin lah bersenam dan brisk walk kerana ibadah umrah atau haji memerlukan kita untuk banyak berjalan.

 Dalam Raudhah 



Makam Baginda


Kilang al-quran


Ladang kurma tempat shopping jemaah membeli belah, aida bertuah naik saudi airlines dia bagi bagasi 40kg ustaz kata pokok kurma pun boleh masuk hahaha😂.




Syahdu nok menjamu selera makan bakso di ladang kurma sedap.


Terima kasih singgah di blog aida, minta maaf bila ada silap kata.
Sekian dulu cerita aida di tanah haram semoga ada rezeki dapat pergi umrah lagi aida sambung cerita...















Catat Ulasan

0 Ulasan