Omega 3 Bantu Turunkan Berat Badan


Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. 
Omega-3 menyokong dengan:
-Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana la boleh digunakan untuk tenaga.
-Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya anda membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.

Asid lemak Omega-3 adalah LEMAK yang tidak MENGGEMUKKAN.
Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega-3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi.

Tetapi adakah anda tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang?

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini!

📍 Mengawal atur tahap lemak badan yang sihat
Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa omega-3 dapat membantu kita mencapai tahap lemak badan yang sihat kerana ia👇

-Meningkatkan kadar metabolik 
kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari
-Meningkatkan kadar pembakaran lemak
-Meningkatkan peredaran darah 
ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak
-Mengawal paras lemak yang sihat 
yang terkumpul dari pemakanan harian kita

📍Menyeimbangkan Rasa Kenyang 
Dua hormon utama - ghrelin, dan leptin 
berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang

Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega-3
didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini 
dan meningkatkan rasa kenyang, anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.

📍Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat
Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga
oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega-3 dapat membantu dengan👇

Meningkatkan kepekaan insulin badan
semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.

📍Mengurangkan Tekanan
Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan. 

Omega-3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.

Catat Ulasan

0 Ulasan