Resepi Lemak Cili Padi Sotong

Yang bergelar mak mak tahu perasaan bila tak tahu nak masak apa hari ini, sengaja tulis di blog senang nak baca balik bila pening tak ada idea nak masak apa😅.

Macam aida nak masak untuk esok memang aida prepare awal semua bahan-bahan untuk masak resepi pada hari itu, sebab kat peti ais kadang tak cukup bahan, dah menumis bahan tak cukup memang buat mood spoil, malas nak gi kedai.

Aida nak kongsi resepi lemak cili padi sotong sumbat.


BAHAN BAHAN
👉Telo itik untuk sumbat dalam perut sotong
👉Kunyit hidup 2ibu jari 
👉Cili padi sesuaikan kepedasan 
👉Buah belimbing buluh tak ada ganti asam keping
👉Kentang belah dua 2 biji
👉Serai titik
👉Santan

Selepas sotong dibersihkan buang dawat dan plastik masukkan telo itik dalam perut sotong, lepas tu pasang balik kepala sotong, guna lidi ke pencungkil gigi, janji tercantum rapi.

Oh iye.. pilih sotong saiz beso sikit senang nak sumbat,  sotong kecik leceh nak sumbatkan telo itik tu...Kemudian kukus dalam 10 menit.


Blend atau tumbuk kunyit dan cili padi kemudian masukkan dalam kuali letak air sedikit, masuk belimbing buluh dan kentang agak mendidih masukkan santan dan sotong yang sudah dikukus tadi campakkan serai titik, perasakan dengan garam, gula dan perasa rasa dah cun boleh angkat ashiaappp...
Selamat mencoba...











Catat Ulasan

0 Ulasan