Kenangan Balik Kampung 2022




Menghimbau kenangan balik kampung july 2022, selepas banyak kelonggaran boleh keluar negara, aida tak lepaskan peluang balik kampung juga ke Indonesia.

Masa nak tolak ke airport dalam hati melonjak gembira menyanyi ho-ho-ho balik kampung! hati girang lagu sudirman aida nyayikan😀, yelah aida tak balik dah hampir tiga tahun, masa hujung tahun 2019 nak balik tapi tak jadi sebab PKP.


Dapat kenalan baru kat flight sis ni namanya aida juga hehehe, dia nak gi hiking katanya... merata tempat kat Indonesia dia dah gi rezeki dia kan. 

Sudah sampai rumah perasaan sedih gembira berbaur jadi satu, gembira jumpa mak dan keluarga sedih sebab bapak sudah tak de, meninggal masa pkp aida tak dapat balik😢...

Selesai jiarah kubur bapak, hilang rasa rindu yang terpendam bertahun, Alfatihah untuk arwah bapak semoga tenang disana..

Kat kampung memang aida layan makanan febret aida je bukannya selalu balik, tapi berat memang naik 2kg dengan jayanya "dalam hati balik Msia diet lah balik apa susah" Shaklee kan ada😂..

  Jalan sore-sore cari makan

Mie ayam jakarta

Bakso Batok

      Nasi Tumpeng Ayam Bakar

Rasa memang piau original kan, sedapp nok hehehe itu yang balik nembam.

Masa aida balik 2minggu kat kampung sebenarnya badan ku tak fit tak berapa sihat dari umah lagi, ditambah vitaminku yang penting tertinggal iaitu nutriferon, aida bawa vitamin c je, berhuhu lah.

                OTW Malang

Aida ada rezeki lebih aida bawa mak gi jalan-jalan ke Malang tempat peranginan tempatnya sejuk, nak stay 2hari happy happy lah, adik call dari tempat kerja suh ambil tak sihat nak balik katanya.

Mak pulak tak nak stay 2hari nak cepat balik, hahaha adikku tak dapat join sebab keje eh last last suh ambil dia sebab sakit, orang melaka kate hawauuu betul baru aida nak berjalan ada je yang kacau program.


Gi pasau cari bawang untuk oleh-oleh mak ana sebab mak suka bawang goreng indo rangup katanya... masa nak proses bawang goreng tak ambik gambau lupa.

Dulu arwah bapak masih sihat, kita tak payah beli bawang merah ni sebab mak bapak tanam sendiri, mak bapak dah tua pencen tak tanam dah...

Anak buah hantar kitaorang balik kat airport juanda.



Bermulailah episode blurrr hahaha nak nanges, call adik dia dah masuk highway jauh dah...
rupanya ku terlepas flight...

Isi perut dulu sebelum flight ke bali sebab apa gi bali transit ler sebab dah terlepas yang direct terus gi kuala lumpur tak de, kene tunggu esok.



Nyempat ambik gambo ehh, walaupun tengah kesusahan ape kate happy kan diri ambik ler gambo wat kenangan pernah transit sampai ke bali😂


Dari domestik gi internasional nak cari tempat menunggu yaAllah kemain jauh macam nak pitam pun ada sebab nak kejaukan masa takut terlepas lagi.

Sempat snep gambau lift tempat tekan kene pijak patut ku perati kat dinding xda..
Masa genting ni aku boleh tersenyum ape natang kene pijak pulak😂😂.

Masa beratur check immigration kemain ramai umat mat saleh, aida perati jam je serius ah lagi 20menit tapi beratur kemain panjang, nampak ada brader orang Msia ku beranikan diri tanya nak kemana, rupa sama flight dia kata jam bali sama dengan kuala lumpur, surabaya beza 1jam fuhh lega yang amat.
aida takut terlepas lagi😂😂.
Dah ada dalam perut kapal terbang.

Alhamdulilah selamat sampai kuala lumpur, dengan badanku yang tak berapa sihat terlepas flight perjalananku yang jauh
memang memenatkan.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan, moral of story rancang perjalanan biar tak kelam kabut.

Sampai disini saja story aida😉.











 

Catat Ulasan

2 Ulasan