Adakah buah pinggang anda sihat?


Adakah buah pinggang anda sihat?
1 dalam 15 orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang.

Apakah penyakit buah pinggang kronik?
penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit yang berkekalan di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan akibat pelbagai faktor.

Ia boleh dikategorikan kepada 5 peringkat.
peringkat 5 adalah tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialisis.

Tahukah anda berapa kerapkah penyakit buah pinggang kronik berlaku?
-Terdapat lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia yang mengalami penyakit buah pinggang kronik.
-Terdapat lebih daripada 26.000 pesakit menjalani rawatan dialisis di Malaysia pada penghujung tahun 2012.

Siapakah yang berisiko tinggi?
Golongan yang mempunyai penyakit👇
-Diabetes(kencing manis)
-Tekanan darah tinggi
-Kehadiran protein/darah di dalam air kencing
-Kerap memakan ubat-ubatan seperti penahan sakit/herba
-Glomerulonephritis (penyakit keradangan buah pinggang)
-Jangkitan kuman yang kerap pada saluran urinari genital
-Batu karang pada sistem buah pinggang
-Pesakit strok
-Pesakit yang mempunyai masalah jantung
-Dilahirkan dengan hanya satu ginjal sahaja
-SLE (systemic lupus erythematosus)

Tanda dan Gejala 
-Badan berasa mudah letih
-Hilang selera makan, rasa loya dan muntah
-Kerap kencing terutamanya pada waktu malam
-Bengkak kaki dan muka
-Sukar bernafas
-Gatal seluruh badan
-Pucat

Majoriti pesakit tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala kecuali di peringkat hampir akhir atau akhir.

PERHATIAN
Pemantauan hendaklah diberi keutamaan pada individu berisiko tinggi iaitu:
-Pesakit kencing manis 
-Pesakit darah tinggi
-Perokok
-Mempunyai berat badan yang berlebihan
-Mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit diabetes,darah tinggi dan penyakit buah pinggang
-Pesakit yang mengalami gejala penyakit buah pinggang lain

Bagaimana cara untuk mengesan penyakit buah pinggang pada peringkat awal?
-Ujian air kencing
-Pemeriksaan tekanan darah
-Ujian darah

Apakah akibat jika tidak dikesan awal
-Risiko mengalami kerosakan pada buah pinggang yang berkekalan dan boleh menjadi teruk dengan peredaran masa sehingga memerlukan rawatan dialisis atau pemindahan buah pnggang.

Langkah-Langkah Pencegahan
1.Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah

2.Mengawal paras gula dan kolesterol di dalam darah

3.Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan
 darah tinggi dan diabetes adalah baik (optimum)

4.Jangan makan ubat dengan sembarangan tanpa mendapat arahan daripada doktor

5.Mengamalkan cara hidup sihat
-makan secara sihat
-berhenti merokok
-bersenam






Credit:
Bahagian pendidikan kesihatan, kementerian kesihatan Malaysia.

Catat Ulasan

0 Ulasan