Derma Organ Amalan Mulia

Alhamdulilah tercapai juga hajat hati ingin menderma organ setelah aida meninggal nanti. mula-mula aida terdetik ingin derma organ selepas aida baca risalah derma organ dihospital, setelah bagi tahu suami dan dia mengizinkan aida terus berikrar secara online.

Untuk yang ingin berikrar layari laman sesawang dibawah ini

www.dermaorgan.gov.my

Talian bebas tol:1800-88-9080

Selepas isi maklumat dan alamat lengkap nanti dapat surat dan kad ikrar.


Untuk pengetahuan, apa itu derma organ?

Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia. 

Transplantasi (pemindahan organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang berfungsi daripada penderma yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia kepada pesakit yang mengalami kegagalan akhir organ itu. Ianya kaedah rawatan yang terbukti menyelamatkan nyawa.

Organ Dan Tisu Yang Boleh Didermakan Di Malaysia

-Penderma organ yang masih hidup hanya boleh mendermakan sebahagian daripada hatinya atau salah satu buah pinggangnnya sahaja.

-Pendermaan organ atau tisu kadaverik, iaitu selepas kematian adalah digalakkan karena pelbagai organ dan tisu boleh didermakan oleh seorang penderma untuk memberi manfaat kepada ramai pesakit. Tiada sebarang resiko kepada penderma berbanding pendermaan ketika masih hidup.

Organ dan tisu yang boleh didermakan👇


Pendermaan Organ Dan Mati Otak
-Terdapat dua cara kematian disahkan iaitu mati otak dan mati selepas jantung berhenti
-Mati otak adalah keadaan di mana segala fungsi otak telah terhenti dan tidak boleh dipulihkan semula
-Seseorang yang mati otak tidak bernafas tetapi diberi pernafasan oleh mesin ventilator
-Mati otak boleh disebabkan oleh angin ahmar, jangkitan, barah, pendarahan atau kecederaan pada otak yang teruk
-Seorang yang telah disahkan mati otak bermakna sudah meninggal dunia. Ini adalah pendirian saintifik perubatan antarabangsa dan juga telah diterima oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pandangan Agama
Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia.
Agama-agama lain di Malaysia seperti Buddha, Kristian, Hindu, dan Sikh juga membenarkan pendermaan organ setelah meninggal dunia dan menganggapnya amalan yang mulia.





Catat Ulasan

0 Ulasan