Alhamdulilah Vitamin bear gummies ni dalam proses masuk pasaran Malaysia, aida yang nak kongsi kebaikan vitamin pun sangat teruja, apa taknya kita gembira sebab vitamin bear ni khusus untuk tingkatkan sistem imun badan anak.
Semenjak kes penyakit berjangkit coronavirus mencanak naik, memang kita sebagai ibu bapa sangat bimbang terhadap kesihatan anak. setidaknya ada vitamins bear gummies ni, boleh untuk ikhtiar kan....
Vitamin bear gummies memang akan jadi febret anak-anak, didatangkan dalam perisa ceri yang sangat sedap berbentuk beruang yang sangat comel untuk menarik minat sianak untuk makan vitamins.
Ia penuh dengan vitamin C, D, zink, dan antioksidan kuat dari elderberry. Untuk menyokong kesihatan imun anak-anak kita.
Jangan risau vitamins gummies ni, semulajadi menggunakan gula Eritritol dan xylitol, yang tidak mendorong kerosakan gigi anak, tidak ada perisa, pemanis dan pengawet buatan.
Ianya Vegan bebas gula, bebas GMO, bebas gluten, dan bebas soya, rasa yang sangat enak dan bentuk pun comel.🐻
Buah elderberry disiapkan dari buah beri hitam tua yang matang, pokok renek tinggi yang berasal dari Eropah.Khasiat buah elderberry ni... untuk menyokong imun badan(immune-supporting).
Vitamin D adalah vitamin larut lemak penting. Badan kita menghasilkan vitamin D apabila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari secara langsung, itu namanya vitamin D secara semulajadi.
Zink adalah mineral penting yang terdapat dalam pelbagai makanan. Daging merah tanpa lemak, ayam, makanan laut, dan bijirin.
sumber:ShakleeUS
0 Ulasan