9 Pencetus Kegatalan Pada kulit Ekzema

Sebagai Ibu sangat Risau bila anak mengalami Ekzema?
Jangan bimbang !!! Terdapat pelbagai ikhtiar yang boleh diusahakan agar ia tidak mengganggu anak anda dari pada melakukan aktiviti seharian, sekaligus mendapat tidur yang lena pada malam hari.
Apa itu Ekzema??? 
ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. 
Terdapat beberapa jenis kulit yang bercirikan Ekzema 
seperti:
*Ekzema atopik
*Seborrheic Eczema
*Dyshidrotic Eczema
*Stasis Eczema
*Allergic Contact Dermatitis
*Juvenile Plantar DermatosisSecara umumnya penyakit Ekzema atopik lah yang kerap berlaku.



TANDA-TANDA EKZEMA ATOPIK
1.Kulit kering,rasa gatal dan kemerahan di bahagian lipatan badan seperti bahagian belakang lutut, tengkuk dan lipatan lengan.
2.Kulit merah, gatal dan berair apabila digaru.kadang-kadang timbul gelembung-gelembung kecilberisi cecair dibawah permukaan kulit.
3.Peluang untuk mendapat ekzema lebih tinggi apabila seseorang dalam keluarga mempunyai penyakit atopik seperti asma & resdung



1.Perubahan iklim yang mendadak
2.Haba panas dan berpeluh 
3.Kandungan bahan kimia yang banyak pada sabun,mandian berbuih,cecair cucian 
4.Haiwan peliharaan dan permadani
5.Nilon, bulu dan fabrik jenis kasar
6.Wangian termasuk losen, talkum, minyak wangi dan penyegar udara
7.Asap rokok dan asap unggun api
8.Demam yang disebabkan oleh jangkitan
9.Rumah hama dan persekitaran yang berdebu



1.Waktu Mandi
-Pastikan badan bersih dengan mandi satu hingga dua kali setiap hari.Elakkan mandi terlalu lamadan jangan menggunakan air yang terlalu panas yang akan mengerikan kulit. 
-Elakkan sabun yang boleh mengeringkan kulit seperti sabun-sabun mengandungi antiseptik, sabun herba dan sebagainnya
-Pantau kelembapan kulit setiap kali menukar jenama sabun mandi.
-Elakkan sabun atau krim mandian yang mengandungi wangian dan mandi buih(bubble bath)
-Gunakan pembersih yang lembut dan tidak mengerikan kulit.Kebanyakan pembersih sebegini berbentuk cairan dan bukansabun buku.Bilas dengan baik. 

2.Pelembab
-Pelembab yang baik membantu memulihara kelembapan semula jadi kulit dan mencegah daripada kering.Ini boleh mengurangkan rasa gatal, ruam, dan jangkitan kuman
-Melembapkan kulit anda sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu selepas mandi dan sebelum tidur
-Selepas mandi, sapu pelembab di atas kulit anak anda dalam masa tiga hingga lima menit.kulit tidak perlu dilap sehingga betul-betul kering sebelum menyapu pelembap.jika perlu,terus sapu krim dalam bilik mandi
-Sediakan bekas pelembap yang boleh dibawa  ke mana-mana anda pergi

3.Potong kuku
-Kuku bertugas melindungi hujung cari tangan dan kaki yang sensitif.Namun kuku boleh membahayakan kulit jika mula menggaru,Kulit boleh luka dan ini memberi laluan kepada bakteria untuk memasuki badan melalui luka terbuka
-Sentiasa menjaga kuku anda agar pendek dan bersih.
-Galakkan amalan membasuh tangan selepas bermain

4.Pakaian 
-Memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik
yang lembut,tidak panas dan mudah menyerappeluh,
kain kapas adalah sesuai
-Elakkan pakaian yang diperbuat daripada kain yang mempunyai gentian keras,permukaan kesat atau bertekstur kasar yang boleh merengsakan kulit.
fabrik untuk dielak adalah bulu,poliester, nilon atau akrilik
-Basuh pakaian baru sebelum dipakai. 



CADANGAN VITAMIN SHAKLEE




Basic H2 untuk mencuci/mandi
-Pembersih & pencuci serbaguna dan tidak mengandungi asid.Bertindak mengering dan merawat
ekzema

Meal Shakes untuk minum
-Multivitamin, protein dan serat yang berkhasiat baik untuk meningkatkan antibodi.Memulihkan luka & proses penggantian sel baru yang lebih sehat

Herba Blend untuk sapu
-sari tumbuhan yang super moist untuk kekalkan kelembapan kulit.Sangat sesuai bagi masalah ekzema kering dan kulit kasar.

TESTIMONI












Catat Ulasan

0 Ulasan