Susu Ibu Pilihan Terbaik

Apabila seorang wanita sudah bergelar ibu, pastinya inginkan yang terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan.

Penyusuan susu ibu adalah pilihan yang terbaik.

Kebaikan Penyusuan Ibu
-Susu ibu terutama kolostrum (susu pertama keluar) mengandungi antibodi yang melindungi anak dari jangkitan kuman seperti cirit-birit, selsema, radang paru-paru sakit perut dan lelah.
-Makanan terbaik mengandungi kesemua zat makanan untuk bayi membesar.
-Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak
-Mengeratkan kasih sayang.
-Mengurangkan kemungkinan ibu mendapat barah payudara dan membantu mengecutkan rahim.

Teknik Penyusuan
-Pastikan anda selesa(duduk atau baring)
-Pegang bayi rapat keseluruhan badan bayi menghadap anda, perut bertemu perut.
-Sentuh puting anda kemulut bayi anda, ia akan membuka mulutnya.
-Tunggu sehingga ia membuka mulutnya luas seperti menguap, bawa bayi kepayudara.
-Pastikan bayi masukan sebahagian besar areola (bahagian berwarna coklat sekeliling puting) kedalam mulut. 

Cara Menyimpan Susu Yang Telah Diperah
Dalam bekas plastik bertutup yang ditanda dengan tarikh perahan. pada suhu bilik, susu boleh disimpan selama 4-8jam.
Dalam ruangan biasa peti sejuk, selama 24-48jam.

Susu beku perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum dipanaskan dan diberikan kepada bayi.

-Rendam bekas susu dalam air suam 
atau cairkan susu beku semalaman letak stok EBM(expressed breast milk) didalam bekas yang berisi air kemudian letak di bahagian chiller.

Cara Memberi Susu Perahan
Berikan EBM kepada anak dengan menggunakan sudu atau cawan/bekas kecil untuk mengelakkan bayi keliru puting, bayi dalam umur 4 minggu masih dalam fasa membiasakan dan memahirkan diri untuk mendapatkan susu dari payudara.

Tips Susu Meriah
-Susui anak secepat mungkin selepas lahir
-Susui anak sekerap mungkin yang bayi mau
-Susui anak diwaktu malam juga
-Jangan beri anak susu lain selain dari susu ibu
-Rajin pam
-Minum air secukupnya
-Ambil makanan seimbang
-Ambil makanan penggalak susu

Vitamin Penggalak Susu
Set menyusu lengkap badan cergas bertenaga ibu dan anak sihat.
📌VITALEA
Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum
📌OMEGAGUARD
Membekalkan spektrum luas asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.
📌OSTENUTRIX
OsteNutrix
Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.
📌VITAMIN B
Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
📌VITAMIN C
Vitamin C memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.
📌ALFALFA
Kaya dengan nutrien dan mineral untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan ibu.
📌ESP
Memberikan Tenaga Berterusan dengan Protein Tumbuhan
Makanan lazat yang kaya kalsium dan protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Catatan: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberi kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

TESTIMONI







Isi kandungan dipetik dari risalah penyusuan susu ibu pilihan yang terbaik.
"Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru".



Catat Ulasan

0 Ulasan