Tangani Stres Dengan Bijak

Stres semua orang pernah lalui cuma cara menangani stres yang berbeza-beza, stres ni ibarat bom jangka yang boleh meletup bila-bila kalau tak ditangani dengan fikiran waras, dan boleh melarat terkena sakit anxiety dan seumpamanya.

Dek kerana stres dengan tekanan hidup ada yang sanggup akhiri hidup dengan bunuh diri nauzu billahi min zalik jauhkanlah.

Ok untuk pengetahuan sahaja apa itu stres?
stres ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan.

Stres merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.

Kenapa Kita Boleh Stres?

-Diri sendiri👉kecewa

-Keluarga👉masalah rumahtangga, kewangan, anak dan sebagainya

-Pekerjaan👉tidak cemerlang dalam bekerja, ada masalah dengan rakan kerja, bos, tidak naik pangkat, dibuang kerja, kena tukar dan sebagainya.

-Komuniti👉Bertengkar dengan jiran

-Kesesakan lalulintas

-Persekitaran yang tidak selesa

-Tragedi

-Menunggu lama 

Tanda-Tanda Kita Stres

-Jantung berdegup kencang bukan seperti biasa lebih laju dari kebiasaan

-Cepat marah 

-Rasa tidak gembira

-Hilang selera makan

-Hilang minat kerja

-Tidak cukup tidur

-Suka menengking

-Suka menyendiri

Bila kita stres amalkan 10B👇👇👇

✔Bertenang
✔Bernafas dengan dalam
✔Berkata "relakslah...aku okey"
✔Beribadat (perbanyakkan zikir)
amalkan baca surah Al insyirah, pahami maknanya InsyaAllah hati akan tenang...
✔Bercakap dengan seseorang
✔Berurut
✔Berehat dan mendengar muzik
✔Beriadah
✔Bersenam
✔Berfikiran positif

Apa yang harus anda lakukan bila marah menguasai diri anda, macam mana nak kawal kemarahan?
✔Coba Ambik wuduk
✔Bertenang...tarik nafas dan lepas perlahan-lahan
✔Kenal pasti punca anda marah
✔Mendapat nasihat orang lain
✔Beredar ketempat lain bagi mengawal kemarahan
✔Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
✔Membiasakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Apa yang penting kita harus berfikir didunia medan ujian, bersabarlah jalani hidup dengan biasa, lumrah manusia kadang kala kita kalah dengan emosi kita sendiri.




Catat Ulasan

0 Ulasan