Monday, June 21, 2021

Tutorial Masukkan Gambar diHTML

Kadang ada orang tanya bagus juga, ada idea nak menulis apa hehehe.

Tanya apa tu tahu-tahu terus tulis tanya jeπŸ˜‚? 

Ada kawan tanya cara nak masukkan gambar keblog atau ubah gambar jadi koding, kalau dah siap tulis senang bila-bila ada orang tanya tinggal forward link, untuk rujukan aida juga kalau lama tak buat kadang memang lupa haru juga nak mengingat terkial-kial.


Contoh aida nak ubah gambar jom jana pendapatan modal RM35.

first korang dah siapkan gambar yang nak diubah ke koding.
oke kita terus ke web https://imgur.com/


Korang upload gambar kat new post, oo iye tu hari aida guna fon nak layari web imgur ni serius tampilan dia beza puas ku cari new post tak jumpa, so korang guna laptop atau pc sonang keje, beso pun beso nampak semua hahaha... kat hp sebenarnya bole juga korang kene tukar setting dia jadi view laptop atau pc nak setting lagi kan leceh.

Pilihlah gambar yang korang nak tukar.

Klik kat gambar ada titik 3 kanan atas klik kat situ lepastu ambik link.

Pilih kode yang belakang dia jpg/img, haa... korang copy.

Sekarang pergi keblog korang masuk ke 

Sign in - Blogger - Blogger.com

 
Pilih Theme.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Edit HTMLπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Ha nampak koding korang jangan pitam lak dan hati-hati masa tukar apa-apa jangan save dulu kalau error bole ubah balik, aida dulu pernah buat silap terus ku save apa jadi blog ku jadi berterabur masa tu panic and blurr juga tak tahu nak  buat apa murung jadinya huwawawa...
last aida upah orang suh betulkan tepuk dahi weii...

Dah jumpa koding tu korang just tekan ctrl f serentak dah jumpa search korang kene ingat nama gambar nak ubah kan, macam aida tadi nak ubah gambar jom jana pendapatan modal RM35.

Yang aida bagi petak merah tu koding yang korang kene tukar kode yang korang copy paste kat situ tengok anak panah tu.

Kalau korang dah paste kan korang preview dulu, kalau ada notis macam gambar dibawah maknanya error, kalau tak da oke dah siap.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Oke dah bole coba semoga bermanfaat.










Continue Reading

Friday, June 4, 2021

Vitamins Bear gummies


Alhamdulilah Vitamin bear gummies ni dalam proses masuk pasaran Malaysia, aida yang nak kongsi kebaikan vitamin pun sangat teruja, apa taknya kita gembira sebab vitamin bear ni khusus untuk tingkatkan sistem imun badan anak. 

Semenjak kes penyakit berjangkit coronavirus mencanak naik, memang kita sebagai ibu bapa sangat bimbang terhadap kesihatan anak. setidaknya ada vitamins bear gummies ni, boleh untuk ikhtiar kan....

Vitamin bear gummies memang akan jadi febret anak-anak, didatangkan dalam perisa ceri yang sangat sedap berbentuk beruang yang sangat comel untuk menarik minat sianak untuk makan vitamins.

Ia penuh dengan vitamin C, D, zink, dan antioksidan kuat dari elderberry. Untuk menyokong kesihatan imun anak-anak kita. 

Jangan risau vitamins gummies ni, semulajadi menggunakan gula Eritritol dan xylitol, yang tidak mendorong kerosakan gigi anak, tidak ada perisa, pemanis dan pengawet buatan.

Ianya Vegan bebas gula, bebas GMO, bebas gluten, dan bebas soya, rasa yang sangat enak dan bentuk pun comel.🐻
Okey aida nak share bahan utama yang ada dalam vitamin bear gummies.

Buah elderberry disiapkan dari buah beri hitam tua yang matang, pokok renek tinggi yang berasal dari Eropah.Khasiat buah elderberry ni... untuk menyokong imun badan(immune-supporting).


Vitamin C adalah vitamin penting. terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk ceri, jeruk, limau gedang, kiwi, dan lada merah manis, adalah sumber yang sangat baik.
Vitamin D adalah vitamin larut lemak penting. Badan kita menghasilkan vitamin D apabila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari secara langsung, itu namanya vitamin D secara semulajadi.

Zink adalah mineral penting yang terdapat dalam pelbagai makanan. Daging merah tanpa lemak, ayam, makanan laut, dan bijirin.





sumber:ShakleeUS

Continue Reading