Saturday, November 23, 2019

Pengalaman Buat Pemeriksaan Kendaraan Puspakom di Rumbia Alor Gajah Melaka

Seharian juga aida uruskan kereta buat inspection puspakom, aida walkin je (first time buat tu yang tak booking😅) mula-mula dah beratur tengok banyak kereta yang baru sampai diorang terus beratur belah hadapan pulak, apalagi terus aida gi tanya kat kaunter kenapa diorang baru datang terus beratur belah hadapan kita dari pagi kot tak puas hati hahaha... rupanya diorang dah booking. Sebenarnya berurusan dengan puspakom ni mudah tetapi penatnya menunggu giliran, kalau korang tak nak menunggu lama korang booking dulu atau guna runner settel urusan.
Sebelum buat inspection puspakom pastikan kereta anda berkeadaan baik, buat persediaan awal biar senang lepas.
-Pastikan tinted untuk cermin besar di hadapan  dan cermin pintu belah depan jangan melebihi 45% 
nasib baik ada uncle tu bagi tahu, terus aida koyakkan tinted kalau tak mau beratur lagi untuk kali kedua.
-Tinted cermin pintu belah belakang jangan melebihi 70%
-Jangan ubahsuai body part yang tak ikut spesifikasi asal
-Brake mesti mau melekat macam sayangmu pada kereta haha...  
-Colour body jangan melebihi 3 jenis warna
-Pastikan tiada potongan pada bahagian pilar(tiang) kereta
-Pastikan signal dan lampu depan belakang berfungsi 

                      
Korang nak buat booking online bole layari laman web puspakom ditalian https://www.mypuspakom.com.my/ 
atau hubungi talian 1-800-22-2210

Sekian perkongsian dari aida semoga bermanfaat.
































Continue Reading