Thursday, January 18, 2018

Set Kulit Berseri

Kulit sihat dan berseri, sememangnya idaman setiap wanita😍



Set Kulit Berseri Shaklee, membantu menyelesaikan masalah kulit seperti berikut:

set jerawat shaklee, set jeragat shaklee

Boleh coba SET RADIANT
Ketahui 4 Nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.

Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri?
Mereka memberikan aura positif dan sihat. sering kali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan Nutrien ini!
Kami perkenalkan THE RADIANT 4



1.Protein untuk MEMBINA kulit yang sihat
Iaitu ESP (Energizing Soy Protien)

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit 
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.
Ambil 3 scoop ESP sehari, sudah cukup untuk memenuhi keperluan protein harian kita.



2.MENGANJALKAN
Kolagen untuk tingkatkan keanjalan kulit
Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur.Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit  berkedut dan kendur. 

Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk
  • kulit yang lebih anjal
  • mengurangkan kedutan
  • mengurangkan parut-parut


3.MELINDUNGI
Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C
Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk:

  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
  • Membantu dalam penyembuhan luka
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas


4.MELEMBAPKAN
Kekalkan Kelembapan kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic(GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga

  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik
  • mengekalkan kelembapan kulit
  • Melawan keradangan


TESTIMONI